Berikut merupakan contoh terkini Soalan Ujian Psikometrik Kemasukan Jawatan Kerajaan khas untuk rujukan calon peperiksaan atau temuduga jawatan kerajaan. Pihak kami hanya menyiarkan semula untuk rujukan dan bantuan persediaan calon. Untuk rujukan lengkap dan terkini anda boleh tempah Rujukan Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan yang pihak kami keluarkan melalui pautan di bawah.
UJIAN PSIKOMETRIK 2020/2021
Berdasarkan hebahan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Beberapa jawatan memerlukan calon menduduki peperiksaan Psikometrik sebagai tapisan utama sebelum layak jawat jawatan.
Berikut antara senarai peperiksaan dan temuduga yang memerlukan calon menduduki peperiksaan Ujian Psikometrik. Anda mungkin terlibat.
- Pembantu Operasi N11 (SUK Pulau Pinang/Semenanjung/Sabah)
- Penolong Penguasa Imigresen
- Pembantu Tadbir N19
- Pembantu Awam
- Pelbagai Jawatan Lain
PENTING: Berdasarkan contoh soalan ujian Psikometrik terkini, terdapat beberapa set soalan Matematik telah diajukan dalam peperiksaan. Jadi nak tahu apa format soalan Matematik dalam Ujian Psikometrik? Pastikan anda dapatkan rujukan peperiksaan yang pihak kami keluarkan di bawah.
SEPINTAS LALU MENGENAI UJIAN PSIKOMETRIK
Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ianya sebahagian daripada bidang yang berkaitan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.
Sebagai contoh, kajian psikometrik berkenaan dirinya dengan pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penilaian penilai, dan ujian personaliti.
Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi.
Ujian penaakulan berangka menunjukkan keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi soalan yang menilai pengetahuan anda tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.
Ujian pertimbangan lisan memerlukan anda untuk membaca petikan pendek secara bertulis dan kemudian menjawab soalan menilai kefahaman mereka.
Daripada penilaian perbendaharaan kata atau kefasihan anda, ujian ini menilai keupayaan anda untuk berfikir secara membina.
TUJUAN UJIAN PSIKOMETRIK DIADAKAN?
Tujuan Ujian Psikometrik ini diadakan adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.
Penilaian Ujian Penaksiran Personaliti SPA adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Ujian Psikometrik SPA juga dikenali dengan nama Seksyen Sahsiah dan Minat atau Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan di nilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan di nilai melalui set soalan yang diajukan.
Ujian Psikometrik tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi kebanyakan calon.
Format soalan dan jawapan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya di beri 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.
Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;
- Kemahiran Berfikir
- Sikap
- Perwatakan
- Emosi
- dan lain-lain
Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.
Ingat pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.
BAGAIMANA MENJAWAB SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK?
Ikut arahan berikut:
- Untuk menjawab sila baca Soalan Ujian Psikometrik di bawah
- Pilih jawapan dengan memilih dari senarai jawapan yang diberikan
- Anda akan di bawa ke soalan seterusnya selepas anda menjawab setiap soalan yang diberikan
- Jawapan soalan Ujian Psikometrik akan diberi di akhir soalan
- Selamat mencuba
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK
Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian Psikometrik khas untuk rujukan anda. Contoh soalan di bawah boleh dijadikan rujukan asas untuk membiasakan diri anda dengan jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti.
Contoh soalan ujian Psikometrik adalah seperti yang berikut :
1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.
2. Anda lebih menumpukan pada orang yang
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif
3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa
4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang
5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu
6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
A. Masa yang tepat
B. Secara santai
7. Pilihan anda dibuat secara
A. Teliti
B. Rawak
8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir
9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah
10. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan
A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan
11. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang
A. Sabar
B. Mesra
12. Anda membuat keputusan dengan
A. Moral
B. Logik
13. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara
A. Dirancang
B. Rawak
14. Anda perlu bersikap
A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang
15. Apabila bergaul dengan orang ramai
A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam
16. Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kesihatan.
A. Ya
B. Tidak
17. Saya berminat menjadi penasihat kewangan.
A. Ya
B. Tidak
18. Saya suka menonton perlawanan bola sepak
A. Ya
B. Tidak
19. Saya Suka Mendayung Sampan
A. Ya
B. Tidak
DAPATKAN CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN KERAJAAN
Kepada calon peperiksaan jawatan kerajaan yang berminat mendapatkan rujukan dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik jawatan kerajaan, pastikan anda tempah Panduan Ujian Psikometrik Kemasukan Perkhidmatan Awam di bawah.
Panduan Ujian Psikometrik di atas merupakan rujukan umum untuk kesemua peperiksaan kemasukan jawatan kerajaan yang mempunyai penilaian Ujian Psikometrik.
Klik sini untuk menempah Panduan Lengkap Ujian Psikometrik Kemasukan Jawatan Kerajaan.