Himpunan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).
Di bawah merupakan antara set Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang dihimpunkan khas untuk rujukan anda.
Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ianya sebahagian daripada bidang yang berkaitan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.
Sebagai contoh, kajian psikometrik berkenaan dirinya dengan pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penilaian penilai, dan ujian personaliti.
Ujian penaakulan berangka menunjukkan keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi soalan yang menilai pengetahuan anda tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.
Ujian pertimbangan lisan memerlukan anda untuk membaca petikan pendek secara bertulis dan kemudian menjawab soalan menilai kefahaman mereka.
Daripada penilaian perbendaharaan kata atau kefasihan anda, ujian ini menilai keupayaan anda untuk berfikir secara membina.
TUJUAN UJIAN PSIKOMETRIK PTD DIADAKAN?
Tujuan Ujian Psikometrik ini diadakan adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.
Penilaian Ujian Psikometrik PTD adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Ujian Psikometrik SPA juga dikenali dengan nama Seksyen Sahsiah dan Minat atau Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan di nilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan di nilai melalui set soalan yang diajukan.
Ujian Psikometrik tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi kebanyakan calon.
Format soalan dan jawapan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya di beri 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.
Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;
- Kemahiran Berfikir
- Sikap
- Perwatakan
- Emosi
- dan lain-lain
Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.
Ingat pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.
BAGAIMANA MENJAWAB SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK?
Ikut arahan berikut:
- Untuk menjawab sila baca Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di bawah
- Pilih jawapan dengan memilih dari senarai jawapan yang diberikan
- Anda akan di bawa ke soalan seterusnya selepas anda menjawab setiap soalan yang diberikan
- Jawapan soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) akan diberi di akhir soalan
- Selamat mencuba
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) khas untuk rujukan anda. Contoh soalan ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di bawah boleh dijadikan rujukan asas untuk membiasakan diri anda dengan jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti.
Klik sini untuk menjawab Soalan Ujian Psikometrik PTD Set 2