Apa itu Ujian Psikometrik? dan, Apa Jenis Soalannya?

Di atas merupakan antara email pertanyaan dari calon terlibat dalam Peperiksaan Kemasukan Jawatan Kerajaan yang pihak kami selalu pihak kami terima. Semua mencari tentang UJIAN PSIKOMETRIK

Sebenarnya….

Seksyen Ujian Psikometrik yang berkaitan dengan bagaimana personaliti calon di nilai.

Seksyen ini akan sisihkan calon paling layak menjawat sesuatu jawatan melalui siri soalan berkaitan kerjaya tersebut..

Maknanya set soalan lebih terarah kepada kesesuaian anda sebagai calon untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.

Anda boleh rujuk beberapa contoh soalan lepas sebagai persediaan anda melalui artikel di bawah dan jangan lepaskan peluang mendapatkan panduan lengkap yang kami keluarkan.

[+] Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Nampak seperti banyak soalan dan terma yang mengerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda dalam peperiksaan nanti.

Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini. Kami akan kongsikan kepada anda tetapi sebelum itu sekali lagi ini formatnya;

FORMAT UJIAN PSIKOMETRIK

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Ya, ia dikenali dengan pelbagai nama berbeza mengikut GRED JAWATAN yang di pohon.

ANTARA CONTOH SOALAN YANG BAKAL MEMERANGKAP ANDA

Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

  1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
  2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana  saya mempunyai asas terhadap  apa yang saya lakukan.
  3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
  4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
  5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’. Jadi jawapan anda harus sama dalam semua 5 pernyataan di atas kerana ianya  adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Cuba bayangkan semua soalan di atas ‘diselerakkan’ di dalam puluhan pernyataan, boleh anda pastikan yang anda memberikan jawapan yang konsisten?

Untuk lebih contoh sila dapatkan panduan Peperiksaan Ujian Psikometrik di bawah, banyak yang pihak kami kongsikan. Dapatkan naskhah anda sekarang.

Panduan Soalan Ujian Psikometrik

[+] Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Untuk mengetahui lanjut mengenai Seksyen Peperiksaan Psikometrik anda perlulah mendapatkan panduan di atas.

Hari ini sahaja ratusan calon telah mendapatkan copy mereka. Usah tunggu lagi.

CUBA SIMULASI SOALAN PEPERIKSAAN DI BAWAH

p/s: Anda boleh lihat simulasi soalan Psikometrik melalui pautan di bawah. Ia khas untuk anda.

[+] Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Semoga Berjaya dan Salam Sukses dari Kami.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *